WeLcOmE tO mY bLoG....^_^

WeLcOmE tO mY bLoG....^_^
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
LuaHaN HaTiKu . . .

LuaHaN haTi QuE ....

"Aku bukan INSAN yang berbicara melalui MULUT, tapi MELUAHKAN melalui TULISAN..segalanya lebih mudah diluahkan kerana PENGALAMAN itu memberi ERTI pada hati dan minda..MEMORI dan KENANGAN boleh diimbas dengan PEMBACAAN,agar AKU sentiasa MENGINGATInya dan sentiasa DIPERINGATI dengan KATA-KATA sendiri..MENULIS kerana merasakan DIRI JAHIL, dan MENULIS kerana ingin TERUS MEMPERBAIKI KELEMAHAN diri..MENULIS untuk MELUAHKAN segalanya...MENULIS bukan untuk SESIAPA, bukan KERANA SESIAPA,bukan untuk APA-APA,tapi kerana HATI dan MINDA yang mendesak JARI untuk MENULIS..kerana ALLAH memberikan nikmat untuk AKU MENULIS..selagi tak bertentangan dengan SYARIAT,izinkan aku untuk MENULIS..andai tersasar HALUANku,pandulah diriku ke arah cinta Ilahi..SALAM PERJUANGAN..".......

Kekurangan Diri Usah diHina ..

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya
Kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah...

CinTa ILAHI

CinTa ILAHI
Pelajarilah ILMU, KERANA - Mempelajarinya kita akan takut kepada ALLAH - Menuntutnya adalah ibadah - Membincangkannya adalah bertasbih - Mencarinya adalah jihad - Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah - Memberikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan dirinya kepada ALLAH..

Rabu, 4 Ogos 2010

Kenapa tidak menyalahkan diri sendiri ?

Memang susah untuk melupakan kisah lampau ..
Kenapa nostalgia lama aku kenangkan kembali ? Dan
kenapa ia muncul hari ini ? Sungguh hati ini sudah lama melupakan .
Tapi apakan daya aku ... Sentiasa akan datang tanpa diundang .
Sering aku terbaca article-article yang berkaitan CINTA .
Apa sudah tiada cerita yang lain . Tidak salah memilih tajuk CINTA ,
Tetapi isinya ... Bila cinta, sering dikaitkan dengan cinta lelaki dan perempuan ..
Adakah cuma itu cinta yang ada ?
Cintakan Ilahi, Cintakan Nabi, Cintakan Kitabullah, Cintakan ayah dan ibu ...
Banyak ... kenapa cinta antara insan menjadi pilihan ?? (aku juga seperti itu, tidakku nafikan tetapi cubaku hindarkan sebaik mungkin .)

Sudah lama aku tidak menulis tetang "cinta antara insan" ini ..
Hari ini, atas sebab-sebab yang mendorongku menaip tentang cinta, aku 'gagah'kan juga jariku ini .
Walaupun penat, seharian aku mengurus rumah dan adik-adikku ..
Ini saja yang dapat mengubat hati aku yang sekian lama terluka dan tiada masa depan ini ...
Dengan penulisan, aku ceritakan segalanya ...

Cinta ...
Senang untuk kita menghina selepas dikecewakan . Menghina orang dengan sewenang-wenangnya .
Betul atau tidak ???
Aku sering mendengar 'luahan-luahan' insan yang telah dikecewakan .
Bak kata pepatah , ' Habis madu sepah dibuang ' ...
Kata mereka, "Jangan percaya kata-kata lelaki ni, semuanya penipu!"
Aku sendiri hairan . Kenapa mereka percaya sedangkan mereka tahu 'orang-orang' ini penipu ??
Kenapa mereka menyerahkan segalanya pada 'orang-orang' ini, sedangkan mereka tahu apa akibat
yang bakal mereka hadapi ? Sungguh kuat kepercayaan diberi .
Setelah ditinggalkan , baru nak terngadah ? Baru menyesal ?
Kaumku,
Sedarlah insan ... Cinta ini tidak usah dicari . Ia akan datang dengan sendiri .
Kita sendiri yang akan menyulami cinta itu . Adakah cinta kerana ALLAH ?
Aku sendiri pernah kecewa kerana lelaki . (lebih kurang putus cinta laa..)
Aku sendiri menyalahkan diri . Tidak menyalahkan yang lain . Bukan angkat bakul sendiri, tetapi ....
Kita ada otak, ada akal . Tidakkah kita dikatakan BODOH jika menyalahkan sebelah pihak saja ?
Dan bukan menyalahkan diri kita sendiri ???
Aku cukup hairan ... Bukankah boleh dihindarkan ?
Saudara dan saudariku ...
Memang susah untuk dilaksana kan...
"Kau cakap senang la, kau xtau lagi ati aq mcm mana .. Kau xpenah rasai itu semua ..!
Memang senang untuk kau berkata-kata ..."
Itu lah ungkapan yang sering aku dengar ..
Cukup pedas . Tetap ada benarnya .
Jika tidak pernah merasai, tidak akan dapat memahami .
Saudara seislam ku...
Aku menulis tentang ini adalah untuk menimbulkan kesedaran didalam diri insan .
Aku juga pernah mengalaminya . Jangan kau lupa .

Cinta ...
Alhamdulillah, aku dapat atasi sedikit demi sedikit ...
Aku tidak terus melaksanakan, kerna aku tahu, aku akan terluka dengan perbuatanku itu ...
Jadi... perlahan-lahan aku 'menolak'..... Cubalah..... Rasailah perbezaannya...

Harap maaf . Jika terasa .
Cumaku ingin katakan disini ,
Jika bukan bertepuk sebelah tangan, semua ini tidak akan terjadi .
Fikirlah ...
Aku ingin menasihati yang lain . Aku takut, aku juga akan tarik kedalam neraka kerana
aku membiarkan kaum ku yang lain tanpa amaran yang nyata .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan