WeLcOmE tO mY bLoG....^_^

WeLcOmE tO mY bLoG....^_^
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
LuaHaN HaTiKu . . .

LuaHaN haTi QuE ....

"Aku bukan INSAN yang berbicara melalui MULUT, tapi MELUAHKAN melalui TULISAN..segalanya lebih mudah diluahkan kerana PENGALAMAN itu memberi ERTI pada hati dan minda..MEMORI dan KENANGAN boleh diimbas dengan PEMBACAAN,agar AKU sentiasa MENGINGATInya dan sentiasa DIPERINGATI dengan KATA-KATA sendiri..MENULIS kerana merasakan DIRI JAHIL, dan MENULIS kerana ingin TERUS MEMPERBAIKI KELEMAHAN diri..MENULIS untuk MELUAHKAN segalanya...MENULIS bukan untuk SESIAPA, bukan KERANA SESIAPA,bukan untuk APA-APA,tapi kerana HATI dan MINDA yang mendesak JARI untuk MENULIS..kerana ALLAH memberikan nikmat untuk AKU MENULIS..selagi tak bertentangan dengan SYARIAT,izinkan aku untuk MENULIS..andai tersasar HALUANku,pandulah diriku ke arah cinta Ilahi..SALAM PERJUANGAN..".......

Kekurangan Diri Usah diHina ..

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya
Kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah...

CinTa ILAHI

CinTa ILAHI
Pelajarilah ILMU, KERANA - Mempelajarinya kita akan takut kepada ALLAH - Menuntutnya adalah ibadah - Membincangkannya adalah bertasbih - Mencarinya adalah jihad - Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah - Memberikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan dirinya kepada ALLAH..

Ahad, 2 Mei 2010

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA???

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur ¿Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ¿

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda¿.

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA¿.

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A¿lam..
Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

~~S e l a m a t B e r m u j a h a d a h~~

Pesanan Buat Dirinya...........

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya,

Tolong beritahu si dia, Cinta Agung adalah CintaNya,

Tolong beritahu si dia, Cinta manusia bakal Membuatnya Alpa...



Tolong nasihati si dia, jangan Menyintaiku Lebih dari dia Menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia, Jangan Mengingatiku Lebih dari dia mengingati Yang Maha Berkuasa...

Tolong nasihati si dia, Jangan Mendoakanku Lebih dari dia Mendoakan Ibu bapanya...



Tolong katakan pada si dia, Dahulukan Allah Kerana di situ ada Syurga..

Tolong katakan pada si dia, Dahulukan Ibu bapanya

Kerana di telapak itu Syurganya...



Tolong ingatkan si dia, Aku terpikat kerana Imannya bukan Rupanya..

Tolong ingatkan si dia, Aku lebih Cintakan Zuhudnya bukan Hartanya..

Tolong ingatkan si dia, Aku Kasihinya Kerana Santunnya bukan manis bicaranya...



Tolong tegur si dia, bila dia mula Mengagungkan Cinta manusia,

Tolong tegur si dia, bila dia Tenggelam dalam angan-angannya,

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..


Tolong sedarkan si dia, Aku milik yang Maha Esa...

Tolong sedarkan si dia, Aku masih Milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, Tanggungjawabnya Besar kepada keluarga..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap Cinta Dikala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini Enggan dirapati kerana Menjaga Batasan Cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi Penyebab bertambah Rindunya...



Tolong pesan pada si dia, Aku tidak Mahu menjadi Fitnah besar kepadanya...

Tolong pesan pada si dia, Aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan pada si dia, Aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya...



Tolong khabarkan pada si dia, Aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia, Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya...

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..



Tolong Sampaikan pada si dia, Aku mendambakan Cinta Suci yang terjaga..

Tolong Sampaikan pada si dia, Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...

Tolong Sampaikan pada si dia, Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan pada si dia, kerana Aku tidak mampu memberitahunya sendiri...


Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia...

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia...

Moga dia bagai seekor lebah yang Sentiasa Memuji Keagungan Yang Maha Kuasa,

Memasuki Taman Larangan dengan Sopan Santunnya dan bertemu Mawar berduri yang Terjaga oleh tuannya...

Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...


*Saifulislam.

Nasihat Syeikh Ali Tantawi kpd semua MUSLIMAH...

“Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…”

Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya..


Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang lain menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantikan ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.
Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami...

Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian. Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang...



Andai diri ini tersasar dari landasan, ringan-ringankanlah tangan kalian untuk memimpinku kembali ke landasan yang benar. Jangan kalian mengutukkan aku dibelakang kerna aku tidak dapat mendengarnya. Jangan pula kalian menjauh kerna, aku juga tidak bisa membaca hati kalian. Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tegurlah aku andai ada yang tidak enak di mata kalian. Segalanya mungkin ada hikmah kerana itu kita dituntut untuk saling menasihati...

Kami sulit menahan pandangan mata kami..

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian.

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.


"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab...

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk..

menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang
dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada
mukasurat yang ditulisnya.

Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's
next? My Mother!

Perk0saan visual terhadap wanita..

PERKOSAAN VISUAL (wanita kena bace) Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka). Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing : LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI) Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" ! Para wanita : beri tahu teman-teman anda yang lain. Para lelaki: beri tahu istri, anak perempuan atau teman wanita anda Lagi info menarik Tolong sebarkan informasi ini dengan fowardkan kepada semua kawan-kawan anda =)

D0N'T JUDGE A B0OK BY IT'S C0VER.....!!

(diambili petikan dr ust haji zaharudin hj abd rahman..)

Ungkapan ini kerap ana dengari, ana yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya.. kata2 dari wanita yang x menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaup0n ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat..

"0rang wanita bertudung p0n banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam2 lagi" katanya member buah fikirannya..

"Malah, kami juga baik , kami x kacau 0rang, x mengumpat dan wat benda2 x el0k" tambah wanita ini lagi..



benarkah hujjah mereka?? benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam islam?? ada juga yang sudah semakin 'advance' hujjahnya lantas berhujjah dengan sebuah maks0d hadith nabi yang s0hih IAITU;;



"sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat pada hati dan amalan kamu" (riwayat MUSLIM)



Simpati berbaur kesal ana mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk meny0k0ng nafsunya.. Hanya digunakan ISLAM sebagai dalam hal yang selari dgn kehendaknya saja..


"se0rang pekerja yg dijumpai 0leh majikannya sedang bermain 'game' semasa waktu kerjanya sedangkan d0kumen yang di pinta si b0ss masih tidak disiapkan, lalu si majikan bekata: "macammana kamu nk cemerlang dlm kerja kalau begini sikap kamu"

lalu jawab si pekerja : "saya luaran je nampak main game b0ss, tp hati sy ikhlas dan sy kerja dgn cemerlang"....



ADAKAH anda rasa si b0ss b0leh menerima cakap pekerjanya itu??

adakah ALLAH SWT b0leh menganggap hati sese0rang itu suci dan baik dgn melanggar PERINTAHNYA?? hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca ALLAH dan RASULNYA., bukannya neraca pemikiran kita semata2.. jika merujuk kpd neraca ISLAM, NABI SAW bersabda ertinya ;



"Ketahuilah bahawa didlm diri anak adam itu ada seketul daging, yg bila ianya baik maka baiklah seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (riwayat muslim)



Berdasarkan hadith ini, menurut neraca ISLAM kebaikan hati sese0rang itu b0leh DILIHAT di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya.. ERtinya, bila bila tindakannya sentiasa menyalahi kehemdak dan hukum yg diletakkan ISLAM, ia adalah tanda k0t0r hatinya..jika tindakan luarannya pula bertepatan dgn kehendak islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pd peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan krn ALLAH TA'ALA atau selainnya seperti sekadar menunjuk2 shj...



justeru,

"WE CAN JUDGE A B0OK BY IT'S C0VER IN CERTAIN CASES" iaitu apabila perkara asas ISLAM dilanggar, maka sudah tentu "that c0ver is reflecting wha's inside the heart 0f a pers0n'..

Nilai Persahabatan..........

CinTA y buTa, atau KAU y BuTa???

Cinta......
Sungguh,
Hanya 'kau'lah y manusia sering salahkan
kerna 'kau'
y memberi perasaan sayang, dan cinta
Kerna 'kau'
Diri mereka HANCUR dibawa arus PERCINTAAN y BUTA..

salah CINTA?
Kerna Cinta?

Engkau Sanggup lakukan apa saja?
untuk utk insan y tercinta?
y baru kau sayangi? hanya setahun jagung perhubungan itu..
Berbanding keluargamu?
meninggalkan, meninggikan suara,
dan mematahkan harapan mereka, insan y membela engkau dari kecil?
y menatang engkau bagai minyak y penuh???
Semua kasih sayang dicurahkan pd engkau, wahai manusia y x tahu menghargai!
inikah y engkau balas?!
mereka hanya inginkan kau berjaya
mengharapkan hidup kau terjamin
Inikah y sepatutnya mereka dapat???
Semata-mata,
Demi insan y tidak pernah kau kenali sesungguhnya
hanya demi KAPARAT itu!
Dia?
Pernahkah DIA membela engkau???
Pernahkah DIA, insan y kau cinta itu
JUJUR terhadap engkau???
Pernah berk0rban utk engkau???
Sungguh B0doh!
apakah kau tidak berfikir manusia?!!
Atau
Kau sudah serahkan akalmu itu kepada haiwan?!
adakah kau tidak berfikir?
Makhluk ALLAH, haiwan itu,
juga menggunakan CINTA, kasih-sayang y dikurnia padanya
pada y sewajarnya
pada y berhak memiliki
y sepatutnya DICINTA..

Manusia...
adakah kau mahu disamakan Makhluk y tidak berAKAL???
ALLAH mengurniakan AKAL padamu
agar kau bisa membandingkan
mana y Benar, y salah buatmu..
Kenapa?
ALLAH melarang kau berbuat demikian,
tetap kau hinggap pada TAHI?!
jika itu y kau telah lakukan
kau adalah manusia y teramat bod0h!

Cinta....
Sungguh,
bukan 'kau' y sepatutnya dipersalahkan..
TAPI....
Manusia itu sendiri yang patut DIPERSALAH!!
Tidak reti menghargai CINTA
diserahkan pada y tidak sepatutnya
pada y tidak menghargai..
Cinta...
Kurniaan TUHAN y amat bernilai
tapi, disalahgunakan!

Engkau Sanggup gadaikan semuanya, wahai manusia?
Hartamu, Kehormatanmu, masamu, fikiranmu
semuanya diperhabiskan untuk si DIA?
b0dohkah engkau, wahai manusia y diberi AKAL???
ENGKAU salahkan CINTA? setelah kau kecewa?
'CINTA itu buta'???
itulah ungkapan y sering kau ungkapkan
pabila kalah melawan NAFSU CINTA!
kau menyalahkan CINTA..
adakah kau tidak berfikir?????

CINTA itu tidak buta,
Yang sebenarnya...
MANUSIA lah y buta kerana CINTA....


*terkilan sgt2..
manusia sering salahkan CINTA...
sampai ibu bapa pun diketepikannya...
erm..
tidak menyalahkn siapa2,
cuma utk peringatan shj...=(
akhirul kalam...
CINTAi lah orang y benar2 cinta padamu,
bkan hanya sekadar lisan, bahkan perbuatan...
HARGAILAH CINTA...