WeLcOmE tO mY bLoG....^_^

WeLcOmE tO mY bLoG....^_^
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
LuaHaN HaTiKu . . .

LuaHaN haTi QuE ....

"Aku bukan INSAN yang berbicara melalui MULUT, tapi MELUAHKAN melalui TULISAN..segalanya lebih mudah diluahkan kerana PENGALAMAN itu memberi ERTI pada hati dan minda..MEMORI dan KENANGAN boleh diimbas dengan PEMBACAAN,agar AKU sentiasa MENGINGATInya dan sentiasa DIPERINGATI dengan KATA-KATA sendiri..MENULIS kerana merasakan DIRI JAHIL, dan MENULIS kerana ingin TERUS MEMPERBAIKI KELEMAHAN diri..MENULIS untuk MELUAHKAN segalanya...MENULIS bukan untuk SESIAPA, bukan KERANA SESIAPA,bukan untuk APA-APA,tapi kerana HATI dan MINDA yang mendesak JARI untuk MENULIS..kerana ALLAH memberikan nikmat untuk AKU MENULIS..selagi tak bertentangan dengan SYARIAT,izinkan aku untuk MENULIS..andai tersasar HALUANku,pandulah diriku ke arah cinta Ilahi..SALAM PERJUANGAN..".......

Kekurangan Diri Usah diHina ..

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya
Kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah...

CinTa ILAHI

CinTa ILAHI
Pelajarilah ILMU, KERANA - Mempelajarinya kita akan takut kepada ALLAH - Menuntutnya adalah ibadah - Membincangkannya adalah bertasbih - Mencarinya adalah jihad - Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah - Memberikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan dirinya kepada ALLAH..

Selasa, 29 Jun 2010

Hati Luka yang memendam rasa ...Kini, terlerailah segalanya.....

Dalam menempuh liku-liku kehidupan , aku terkadang putus asa dari rahmat Tuhan .
Satu persatu aku diduga , aku diuji dengan berbagai ujian. Amat berat aku rasakan .
Berat yang teramat bahuku memikulnya . Ujian , dugaan yang datang tanpa dipinta untuk menguji keimanan seorang insan seperti aku . Sungguh, IMAN ku lemah! sudah terbukti . Aku bukan la insan yang beriman , apatah lagi bertaqwa .
Aku diuji...
Keputusanku muktamad untuk menamatkan persekolahanku... Segulung 'ijazah' buat ibu bapa tercinta aku tangguhkan buat sementara . Kesedihan yang terpancar di mimik muka mereka .
Apa yang aku mahu kan sebenarnya ? Aku menyakiti hati-hati yang mengharapkan kejayaan buatku . Aku mengambil keputusan terburu-buru ? Apa benar tindakan ku ini ?
Umi dan ayah faham keadaanku saat itu. Mereka mengiyakan saja dalam hati yang penuh duri kekecewaan terhadap insan yang diharapkan dapat merubah, memberi contoh yang terbaik buat adik-adik yang masih mentah dalam bimbingan .
Apa aku boleh buat ? Aku keliru dalam mengambil keputusan . Tempat yang aku belajar tika itu , membuatkan aku dalam kegelisahan . Dalam soal pemikiran juga akidah . Akidah anti pada bermazhab . Sedangkan jiwaku sudah sebati dengan bermazhabkan Imam Syafie .
Aku amat sangat meminati Tuan Guru Nik Aziz yang juga seorang Ulama' terkenal seluruh dunia. Aku bangga sebagai seorang anak ISLAM . Aku minati gerakannya . Caranya dalam berdakwah . Perjuangannya dalam Parti Semalaysia (PAS) . Akan tetapi , 'mereka' menolak berpolitik . Kata mereka , ia boleh memecah belahkan ISLAM .
Apa.... menegakkan yang HAK bisa menghancurkan ?
Tertekan , tiada sokongan disana . Hinggakan ,sahabatku sendiri membenci Tuan Guru Nik Aziz .
Apa dia tidak berfikiran ? Adakah disebabkan Tuan Guru berpolitik , dan berkerjasama dengan orang bukan ISLAM, dia dibenci ? Bukankah nabi SAW juga berurusan bersama orang KAFIR ?  Tidak memandang dan mentafsirkan orang KAFIR sebagai JAHAT ...
Aku tidak menyalahkan mereka dalAm berfikir. Ada baiknya .
Tapi , pada aku ... aku tetap menyok0ng penuh Dakwah Tuan Guru Nik Aziz ...

Aku berenti sekolah . Dengan alasan , aku sudah tidak mahu belajar 7 menghafaz al-Quran.... .
Aku tahu , jauh dari sudut hati , itu cuma alasan .
Alasan...alasan....dan alasan....
Apa mahu ku sebenarnya ?

Aku mahukan kejayaan ......
Tapi tidak cukup usaha menjayakan . Aku diduga dengan bermacam-macam halangan .
Kini, aku diduga lagi...
Ayahandaku tercinta mengalami sakit-sakit yang belum pernah dia alaminya .
Belum pernahku lihat ayah sakit seperti itu . Batuk-batuk keras , hingga menyebabkan luka
dan berdarah ?! Badan yang kuat dan sasa , kini lemah tak bermaya ... Menanggung kesakitan ...
Perit hatiku memandang ... Bagai ditusuk dengan pedang ....
Aku yang bolehku sumbangkan untuk ayahku tercinta ???
Belum cukup bagiku sekadar mengurut badannya yang sakit , memenuhi segala keperluannya ...
Apa yang bisaku buat untuk dirinya ???
'Hadiah' yang sungguh bermakna bagi dirinya . Yang aku tak bisa lakukan kini .
Sedih . Kecewa . Kesal . Geram . Hina . Serba salah . Semuanya campur-aduk .
Perasaan apakah ini ?
Apa.... ini akibat dari dosa - dosaku ?
Aku keliru . Aku kebuntuan . Aku mencari ketenangan .
Ketenangan yang ku perolehi bukan dirumah , tapi di rumah ALLAH .
Aku sering berdoa buat kebaikan dirinya ....
ya Tuhan ,
Aku malu berhadapan dengan Mu ...
Hidupku penuh dosa dan noda . Aku hambamu yang hina lagi dina .....
Mengigil kakiku ketakutan tika menginjakkan kaki ke rumahMu ...
Ampunkan segala dosa-dosaku ....
Jangan KAU ambil ayahandaku . Aku masih belum bersedia menghadapinya .....
Berikanlah kesihatan yang baik pada kedua orang tuaku ya Allah ...
Jika KAU izin kan , berikanlah kesakitan yang mereka alami itu padaku .....
Aku sanggup ...!
Aku sanggup memikulnya daripada melihat mereka kesakitan menanggung derita ...!
Ya Allah ,
Ampunilah segala dosa-dosaku ...
Aku manusia yang hina , kerdil dihadapanMu ......

Tuhan......,
Moga umi dan ayahku berada didalam Rahmat & BarakahMu ...
Aku akan cuba dengan kumpulkan segala tenagaku , berhidmat untuk mereka ...
Itu yang ku mampu kini ...

Kejayaan yang WAJIB aku kecapi ...Seorang HAFIZAH yang berjaya ..
akanku hadiahkan pada mereka ... insyaAllah....=)
> 2:04am ...
> 30 Jun ...
> Rabu ...

Selasa, 22 Jun 2010

Lembaran Hidup Wanita Solehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

Isnin, 21 Jun 2010

Kekalutan hati menjengah kembali....


Tuhan...
Apa kau merancangnya untukku ? Adakah memang harusku lalui ?
Ya Allah...
Sungguh, aku bersyukur dengan pemberianMu ini. Dengan mudah kau mengubati hatiku yang sudah lama berdarah. Apakan daya aku menolak semua yang sudah kau tetapkan buatku. KAU sudah mengatur perjalanan kehidupan yang aku lalui dengan penuh unik. Seakan aku hilang memori lama yang amat memeritkan. Memori lampau yang menyakitkan hati yang mendambakan ketenangan dariMu. KAu memberikanku peluang untuk merasa kehebatan KekuasaanMu. Sungguh, hati ini sujud penuh kesyukuran. KAU tarik sesuatu dariku, Dan KAU anugerahkan sesuatu yang tidak terlintaspun difikiranku.

Ya Rabb...
Fikiranku 'meracau' kembali...... mencari ketenangan Abadi.....

ya Allah,
Segala kehidupan yang aku impikan, adakah akan pernah aku laluinya ?
Perlukah aku berada diawang-awangan, berangan-angan ?
Ketenangan yang ku harapkan, amat payah untukku dapatkan.
ya Tuhan,
Keperitan hati yang tidak tertanggung selama ini, KAU ganti. KAU memberiku cahaya baru. Aku mengharap dan mengharap ia akan terjadi. ya Allah, perlukah aku berharap ? dan akhirnya aku terima padahnya akibat pengharapan yang teramat sangat ?
Susah untukku gamabarkan perasaanku kini...
Amat payah untukku tafsirkan gelora yang melanda hati ...
Kekalutan fikiran. Keresahan jiwa. Kekeliruan yang menjengah akal fikiran.
Apa yang sebenarnya aku mahukan ?
Apa yang menyebabkan aku begini ?
Akibat terlalu memikirkan masa depan. Entah cerah atau tidak. Tepulang pada diri. Apa aku ingin contohi ?
Kekosongan jiwa, Apa ubatnya ???

Jika bukan, mendekatkan diri pada Ilahi.........=(

*maap ye0p.... JIwa KaCaU.....!

Tanda-tanda Taubat Diterima ALLAH...

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

Sabtu, 5 Jun 2010

Kesedaran Buat Hawa Tercinta

Hawa...
Kesederhanaan dalam berpakaian adalah tuntutan .
Janganlah kau merasa ketinggalan zaman .
Itu hanya duniawi semata .
Kelihatan indah dan penuh keseronokkan .
Janganlah kau perlihatkan apa yang tidak boleh dizahirkan .

Hawa... Aku juga sepertimu...
Keinginan nafsu untuk kelihatan indah dimata .
Menjadi penyejuk pada hati-hati yang memandangnya .
Tetapi...
Apakah kau tidak punya akal ?
Apa itu kecantikan ?
Syaitan berjaya akhirnya . Bersorak gembira .
Apa kau suka gembirakan hati musuhmu yang nyata ?
Apa kau sudah berputus asa ? Bahawa kau tidak mampu menolak godaannya ?
Sungguh, nasihatku...
Janganlah berputus asa dari RahmatNya...

Ingatlah...
Allah Taala meninggikan darjat tanah daripada api .
Jangan kau lemah dimata syaitan laknatullah .
Ingatlah saudariku...
Setiap gerak geri kita, Setiap tindak tanduk kita,
Membawa fitnah besar pada insan yang tidak bisa membawa diri .
Sedarlah ukhtiku,
Selangkah kita keluar dari rumah ,
Memijak dibumi yang nyata,
Kita telah menempah fitnah besar..

Jagalah diri kita sebagai Muslimah Islam..
Jangan kau cemarkan Imej ISLAM dan IMAN .


*p/s : Peringatan buat diri yang sering lupa / alpa Dan
Peringatan buat insan2 yang sy sayangi...

Hawa,
Ambil lah ini sebagai peringatan dikala lupa / leka ...
InsyaAllah, semoga bermanfaat dan menimbulkn kesedaran pada insan y mmbaca...
Kesedaran itu pnting..
Timbul kesedaran, Ketaatan akan menyusul insyaALLAH....^_^