WeLcOmE tO mY bLoG....^_^

WeLcOmE tO mY bLoG....^_^
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
LuaHaN HaTiKu . . .

LuaHaN haTi QuE ....

"Aku bukan INSAN yang berbicara melalui MULUT, tapi MELUAHKAN melalui TULISAN..segalanya lebih mudah diluahkan kerana PENGALAMAN itu memberi ERTI pada hati dan minda..MEMORI dan KENANGAN boleh diimbas dengan PEMBACAAN,agar AKU sentiasa MENGINGATInya dan sentiasa DIPERINGATI dengan KATA-KATA sendiri..MENULIS kerana merasakan DIRI JAHIL, dan MENULIS kerana ingin TERUS MEMPERBAIKI KELEMAHAN diri..MENULIS untuk MELUAHKAN segalanya...MENULIS bukan untuk SESIAPA, bukan KERANA SESIAPA,bukan untuk APA-APA,tapi kerana HATI dan MINDA yang mendesak JARI untuk MENULIS..kerana ALLAH memberikan nikmat untuk AKU MENULIS..selagi tak bertentangan dengan SYARIAT,izinkan aku untuk MENULIS..andai tersasar HALUANku,pandulah diriku ke arah cinta Ilahi..SALAM PERJUANGAN..".......

Kekurangan Diri Usah diHina ..

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya
Kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah...

CinTa ILAHI

CinTa ILAHI
Pelajarilah ILMU, KERANA - Mempelajarinya kita akan takut kepada ALLAH - Menuntutnya adalah ibadah - Membincangkannya adalah bertasbih - Mencarinya adalah jihad - Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah - Memberikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan dirinya kepada ALLAH..

Jumaat, 19 Mac 2010

PerjuanganKu....

Yakinlah...!
Dan Percayalah...
ISLAM pasti bangkit...!
ISLAM pasti menjuarai pertandingan sengit ini..
ISLAM pasti memimpin Umat Manusia sejagat...!
ISLAM akan memancarkan Cahayanya keseluruh alam bagai matahari
memancarkan serinya keseluruh pelusuk bumi...
Apabila...
kita tak pernah kenal erti putus asa...!
tidak pernah kenal erti penat...!
tidak pernah kenal erti tewas...!
Pertolongan dan Kemenangan pasti datang bersama Rahmat dan BarakahNYA...

Selamat Tinggal DuniaKU...........

Dulu...Tika aku disini...
Bersama seruling bambu yang mendayu...
Bersama kicauan burung yang merdu...
Bersama keriuhan anak-anak yang dungu..
Bersama lambaian dedaun ditiup bayu
Dan Bersama kejahilan yang beku, palsu
Aku tak tahu bahawa di dunia ini
ada dunia lain tinggi...

justeru itu, hiduplah aku
dalam kelalaian yang buta
dalam kejahilan yang menggila
dalam kejahatan yang penuh dosa dan noda
dan dalam kehinaan yang menyiksa
Punbegitu, aku masih berkata...
Akulah Serikandi......

Kini aku akan pergi
meninggalkan desa ini
dan meninggalkan duniaku yang dulu...
dan meninggalkan hidupku yang palsu...

Aku benci pada kelalaian
pada kejahilan
pada kejahatan dan kekejaman
dan pada kehinaan...

Selamat Tinggal duniaku y menipu...!

Aku pergi pada kebenaran
pada Islam, pada Iman
pada kebaikan dan kemuliaan..

Duniaku..........
Selamat tinggal padaMu...
Usah kau lambai lagi.........!
kerana lambaianmu adalah pura-pura...!
Usah kau senyum lagi....!
kerana senyumanmu itu adalah racun...!
Usah kau tanya aku lagi, mana bahgia?
kerana..engkaulah Penjenayah
yang menJAHANAMkan seluruh kepuasan
kebahgiaan yang bersemadi
dalam hati-hati manusia.....!

Aku pergi pada kemiskinan
kerana disana ada kekayaan
aku pergi pada kesunyian
kerana disana ada hiburan
aku pergi pada penderitaan
kerana disana ada PERJUANGAN dan
KEMULIAAN..
Dan itulah DuniaKu kini dan akan datang...

Bersamamu, sekalipun kaya raya
tapi kau adalah pemburu
yang menembak kemurnian hati nuraniKu...

Selamat Tinggal DuniaKu...