WeLcOmE tO mY bLoG....^_^

WeLcOmE tO mY bLoG....^_^
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
LuaHaN HaTiKu . . .

LuaHaN haTi QuE ....

"Aku bukan INSAN yang berbicara melalui MULUT, tapi MELUAHKAN melalui TULISAN..segalanya lebih mudah diluahkan kerana PENGALAMAN itu memberi ERTI pada hati dan minda..MEMORI dan KENANGAN boleh diimbas dengan PEMBACAAN,agar AKU sentiasa MENGINGATInya dan sentiasa DIPERINGATI dengan KATA-KATA sendiri..MENULIS kerana merasakan DIRI JAHIL, dan MENULIS kerana ingin TERUS MEMPERBAIKI KELEMAHAN diri..MENULIS untuk MELUAHKAN segalanya...MENULIS bukan untuk SESIAPA, bukan KERANA SESIAPA,bukan untuk APA-APA,tapi kerana HATI dan MINDA yang mendesak JARI untuk MENULIS..kerana ALLAH memberikan nikmat untuk AKU MENULIS..selagi tak bertentangan dengan SYARIAT,izinkan aku untuk MENULIS..andai tersasar HALUANku,pandulah diriku ke arah cinta Ilahi..SALAM PERJUANGAN..".......

Kekurangan Diri Usah diHina ..

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya
Kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah...

CinTa ILAHI

CinTa ILAHI
Pelajarilah ILMU, KERANA - Mempelajarinya kita akan takut kepada ALLAH - Menuntutnya adalah ibadah - Membincangkannya adalah bertasbih - Mencarinya adalah jihad - Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah - Memberikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan dirinya kepada ALLAH..

Isnin, 21 Jun 2010

Kekalutan hati menjengah kembali....


Tuhan...
Apa kau merancangnya untukku ? Adakah memang harusku lalui ?
Ya Allah...
Sungguh, aku bersyukur dengan pemberianMu ini. Dengan mudah kau mengubati hatiku yang sudah lama berdarah. Apakan daya aku menolak semua yang sudah kau tetapkan buatku. KAU sudah mengatur perjalanan kehidupan yang aku lalui dengan penuh unik. Seakan aku hilang memori lama yang amat memeritkan. Memori lampau yang menyakitkan hati yang mendambakan ketenangan dariMu. KAu memberikanku peluang untuk merasa kehebatan KekuasaanMu. Sungguh, hati ini sujud penuh kesyukuran. KAU tarik sesuatu dariku, Dan KAU anugerahkan sesuatu yang tidak terlintaspun difikiranku.

Ya Rabb...
Fikiranku 'meracau' kembali...... mencari ketenangan Abadi.....

ya Allah,
Segala kehidupan yang aku impikan, adakah akan pernah aku laluinya ?
Perlukah aku berada diawang-awangan, berangan-angan ?
Ketenangan yang ku harapkan, amat payah untukku dapatkan.
ya Tuhan,
Keperitan hati yang tidak tertanggung selama ini, KAU ganti. KAU memberiku cahaya baru. Aku mengharap dan mengharap ia akan terjadi. ya Allah, perlukah aku berharap ? dan akhirnya aku terima padahnya akibat pengharapan yang teramat sangat ?
Susah untukku gamabarkan perasaanku kini...
Amat payah untukku tafsirkan gelora yang melanda hati ...
Kekalutan fikiran. Keresahan jiwa. Kekeliruan yang menjengah akal fikiran.
Apa yang sebenarnya aku mahukan ?
Apa yang menyebabkan aku begini ?
Akibat terlalu memikirkan masa depan. Entah cerah atau tidak. Tepulang pada diri. Apa aku ingin contohi ?
Kekosongan jiwa, Apa ubatnya ???

Jika bukan, mendekatkan diri pada Ilahi.........=(

*maap ye0p.... JIwa KaCaU.....!

Tanda-tanda Taubat Diterima ALLAH...

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.